+Follow MeDashboard
♔!YT♥
07 GHOST SPEED STER
Thursday, December 1, 2011 • 11:58 PM • 0 comments


Assalamualaikum! Haha, disebabkan sekarang ni cuti, jadi aku ada banyak masa nak update blog ni. Best lak tulis blog ni eh?

Tajuk topik hari ni sebenarnya tajuk Extra Chapter 07 GHOST. Cerita dia pasal Frau sebelum dia tinggal kat Barsburg Church. Aku download benda ni bulan lepas, tapi sebab aku sibuk sangat, takde masa langsung nak bukak blog.

Dalam citer ni ada satu lelaki bernama Gido-sama/Gido-san. Dia ni Sky Pirate, sama ngan ayah Frau. Dia ni… SANGAT COOL!!  




Muka dia dekat nak sama ngan Frau, cuma rambut dan mata dia warna hitam and dia lagi manly dari Frau. (sebab perangai Frau cam budak kecik!) Aku rasa, aku dah tersuka dia pulak.. tapi, aku takleh curang ngan William! (memain je la)

Dan satu lagi watak bernama Magdalen. Dia ni pengurus bar kat Floating Island/F13/Eden. Frau kerja ngan pompuan ni masa dia kecik, sebab dah takde sesapa yang nak sara dia. Frau dah anggap perempuan ni macam mak dia. Ni gambar pompuan tu.



Amacam? Cantik tak? Aku tak tau naper, tapi pompuan dalam citer 07 GHOST sumernya cantik2 dan cute2 belaka. Nak menangis aku dibuatnya. 


Kat bawah ni adalah snapshot dari manga tu.

KYAA!!! Kawaii na! Frau pakai baju pelayan memang cute!









***Hawkzile Race Time!!***


Alamak! Frau dah jatuh dari hawkzile dia! Sesapa, selamatkan dia cepat!!
Fuh, alhamdullillah. Nasib baik Gido-san selamatkan dia. Kalau tak, mati dia kat situ, mesti Magdalen menangis.
Syoknya dia naik Hawkzile! Aku pown nak naik gak!
Cepat ambik, Frau!!! Jangan kasi pak cik Imperial Army tu ambik!
Yeay! Diorang menang!! Frau happy betul!
Tengok, diorang macam mak ngan anak, kan? Frau nak tinggalkan Magdalen.. Sedey! T.T
Ok, sampai di sini sahaja coretan aku kali ni. Semoga kita akan berjumpa lagi di masa akan datang. Assalamualaikum dan CIAO CIAO!

 Huhu.... Frau dah menangis sebab korang dah abis baca!! Kalau korang tak nak dia nangis, komenlah ye! ^_^


p/s: Wifi wat hal lak! Marah betul aku dibuatnya! =.=

SOME WORDS!


Welcome! THIS PAGE IS STILL UNDER CONSTRUCTION.

Profile
Stuff
Tagboard

I just want to say "BEHAVE YOURSELF, DUDE" ;D

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Rayna